Monday, July 26, 2010

Ukhwah Day

Pada 23 Julai 2010, pagi Jumaat yang hening satu program yang dinamakan Ukhwah Day anjuran biro DnT CTS Batch 091 telah diadakan bertempat di Taman Tasik Shahbandar.


Bertujuan untuk mempereratkan lagi silaturahim dikalangan pelajar CTS Batch 091. Memang benar hampir 3 tahun lebih kita bersama bermula di Matrik PJ. Namun sejauh manakah kita mengenali antara satu sama lain. Sejauh mana kita tahu bilangan adik beradik, negeri kelahiran, cita-cita, saiz kasut, anak keberapa, dan tak lupa ciri-ciri pasangan idaman setiap orang dikalangan kita (yang ni gurau-gurau je keh. ;p)


Dimulakan dengan senaman pagi dan beberapa game ringan.






Breakfast.


Sambung bertaaruf dalam kumpulan kecil.



Secara keseluruhan, program ini telah merapatkan serba sedikit jurang antara kita. Membuatkan kita lebih mengenali antara satu sama lain. Kiranya tercapai jugalah objektif program ni. Tahniah kepada Bro Murtadha dan Sis Mastura yang bertindak sebagai tulang belakang program ni. Juga terima kasih kepada committe lain yang terlibat samada langsung dan tak langsung.


Akhir kata, salam ukhwah. Semoga ikatan yang terbina ini kekal sampai hujung nyawa. Hargai dan sayangilah rakan-rakan anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Together we stand, divided we fall. *salute* =)

1 comment:

Murtadha Rafaai said...

Terima kasih buat semyua yang datang & memeberi kerjasama ..
Jazakallah..

=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails